Inhalasi dan keselamatan Helium

Kesan

Helium neutral dalam keadaan standard bersifat tidak bertoksik, tidak mempunyai fungsi biologi dan ditemui dalam jumlah yang amat sedikit dalam darah manusia.

Kesan helium kepada suara manusia

Kesan helium kepada suara manusia

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Kelajuan bunyi dalam helium adalah kira-kira tiga kali ganda kelajuannya dalam udara. Oleh kerana frekuensi asas ruang berongga berisi gas berkadaran terus dengan kelajuan bunyi dalam gas tersebut, apabila helium disedut peningkatan dalam frekuensi resonans saluran suara akan berlaku kesan daripadanya.[4][106] Frekuensi asas (kadang kala dinamakan kelangsingan atau pic) tidak berubah kerana ia dihasilkan melalui getaran terus lipatan vokal yang tidak berubah.[107] Namun, frekuensi resonans yang lebih tinggi menyebabkan perubahan timbre atau warna bunyi, menghasilkan suara bersifat rid dan seperti itik. Kesan bertentangannya, frekuensi resonans yang lebih rendah, boleh diperoleh dengan menyedut gas yang lebih tumpat seperti sulfur heksafluorida atau xenon.

Bahaya

Helium jika disedut boleh jadi bahaya jika ia berlebihan disebut, kerana helium ialah gas penyesak ringkas dan boleh menggantikan oksigen di dalam peparu yang diperlukan bagi proses pernafasan normal.[4][108] Kematian-kematian telah direkodkan, salah satunya melibatkan seorang belia yang tersesak nafas di Vancouver pada 2003 dan dua orang dewasa yang tersesak nafas di Florida Selatan pada 2006.[109][110] Pada tahun 1998, seorang perempuan Australia (usia tidak diketahui) dari Victoria telah pengsan dan kulitnya bertukar biru setelah menyedut keseluruhan isi belon parti.[111][112][113] Menyedut helium tulen secara berterusan akan menyebabkan kematian disebabkan asfiksia dalam beberapa minit. Ini digunakan dalam reka bentuk beg bunuh diri.

Menyedut helium secara terus daripada silinder bertekanan adalah teramat berbahaya kerana kadar aliran yang tinggi dari silinder boleh menyebabkan barotrauma dan meletupkan tisu-tisu peparu sehingga membawa maut.[108][114]

Jarang berlaku kematian disebabkan helium. Kes pertama yang direkod media adalah berkenaan perempuan berusia 15 tahun dari Texas yang meninggal dunia pada 1998 disebabkan inhalasi helium di parti rumah kawannya; jenis tepat kematian helium dalam kes ini tidak dapat dipastikan.[111][112][113]

Di Amerika Syarikat, hanya dua kematian disebabkan helium dilaporkan antara 2000 hingga 2004, termasuklah kematian seorang lelaki di Carolina Utara disebabkan barotrauma pada 2002.[109][114] Seorang belia telah lemas disebabkan helium di Vancouver pada 2003, dan lelaki 27 tahun di Australia telah mengalami embolisme akibat bernafas terus daripada silinder helium pada 2000.[109] Sejak itu, dua orang dewasa telah tersesak nafas di Florida Selatan pada 2006,[109][110][115] dan terdapat beberapa kes pada 2009 dan 2010, satunya melibatkan belia California yang ditemui dengan sebuah beg di kepalanya, bersambung dengan tangki helium[116] dan seorang lagi remaja di Ireland Utara mati disebabkan asfiksia.[117] Di Eagle Point, Oregon seorang remaja perempuan mati pada tahun 2012 disebabkan barotrauma ketika berada di sebuah parti.[118][119][120][121] Seorang perempuan dari Michigan mati akibat hipoksia kemudiannya dalam tahun itu.[122]

Isu keselamatan bagi helium kriogen adalah serupa dengan nitrogen cecair; suhunya yang teramat rendah boleh menyebabkan bakaran sejuk, dan nisbah pengembangan cecair ke gas helium boleh menyebabkan letupan sekiranya tidak ada alatan pelepas tekanan dipasang. Penyimpan gas helium pada 5 ke 10 K perlu dikendalikan seolah-olah ia mengandungi helium cecair kerana pengembangan terma yang pantas dan ketara yang berlaku apabila gas helium pada suhu kurang daripada 10 K dipanaskan pada suhu bilik.[44]

Pada tekanan tinggi (melebihi 20 atm atau 2 MPa), campuran helium dan oksigen (heliox) boleh menyebabkan sindrom saraf tekanan tinggi, sejenis kesan anestetik terbalik; masalah ini boleh ditangani dengan memasukkan sedikit nitrogen ke dalam campuran tersebut.[123][124]

Rujukan

WikiPedia: Helium http://balloonartists.com.au/helium-dangers.html http://www.lousballoons.com.au/dangers-of-helium.h... http://www.phys.unsw.edu.au/PHYSICS_!/SPEECH_HELIU... http://www.oma.be/BIRA-IASB/Public/Research/Thermo... http://www.cbc.ca/news/world/two-students-die-afte... http://www.phys.ualberta.ca/~therman/lowtemp/proje... http://cdsweb.cern.ch/record/455564 http://visits.web.cern.ch/visits/guides/tools/pres... http://www.aga.com/international/web/lg/aga/like35... http://arstechnica.com/information-technology/2013...